PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP
Pertandingan
dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang tersebut dalam peraturan
berikut.
1.
PENDAFTARAN :
1.1 Setiap
pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.
1.2
Setiap
pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan
masing-masing.
1.2.1
Pengurus
Pasukan
1.2.2
Jurulatih
2.
KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN
2.1
L12 /
P12 / L15 /
P15 / L18
/ P18
3.
PAKAIAN
3.1
Semua
pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan
nombor masing-masing di depan dan belakang.
3.2
Di
mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan
siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam
borang pertandingan.
3.3
Semua
pemain diwajibkan memakai kasut serta
sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan
pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
3.4
Ketua
pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
4.
SAIZ BOLA
4.1
Saiz
1 : L12
/ P12
4.2
Saiz
2 : L15
/ P15 / P18
4.3
Saiz
3 : L18
5.
MASA PERMAINAN
5.1
Setiap
permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat
3 minit. (15.3.15)
*
diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.
5.2
Masa
Rehat Pasukan (1 minit )
(a)
Setiap pasukan dibenarkan
meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
(b)
Pegawai yang berdaftar bagi
setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat
dengan menyerahkan KAD HIJAU
berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c)
Situasi yang dibolehkan untuk
memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ø Semasa
pasukannya mengawal bola.
Ø Selepas
pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.
6.
SISTEM PERTANDINGAN
6.1
Pertandingan
ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI
6.2
Pasukan
yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
6.3
Sistem
pemberian mata bagi pertandingan LIGA :
6.3.1
Menang : 3 mata
6.3.2
Seri : 1 mata
6.3.3
Kalah : 0 mata
6.4
WALKOVER
: Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil
tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua
perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover
mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
6.5
Dalam
pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan
muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah :
6.5.1
Pasukan
yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
6.5.2
Jika
masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
6.5.3
Jika
masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
6.5.4
Jika
masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
6.5.5
Jika
masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
6.6
SINGKIR
( Kad Merah ) dan BATAL
6.6.1
Jika
seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
6.6.2
Jika
seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua,
dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana
pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
6.6.3
Jika
seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain
sepanjang kejohanan tersebut.
7.
SISTEM KALAHMATI
7.1
Bagi
perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1
Perlawanan
masa tambahan 5 minit setiap separuh masa
akan dijalankan setelah rehat selama lima minit.
7.1.2
Jika
masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.
8.
SISTEM BALINGAN 7 METER
8.1
Tiap-tiap
pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5
orang pemain.
8.2
Jika
masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain
secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.
8.3 Pengadil
akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
8.4 Pengadil
hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
8.5 Hanya
pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
8.6 Pemain-pemain
yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada
diluar garisan balingan percuma.
8.7 Semua
pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
8.8 Penjaga
gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
9.
KELEWATAN
Hanya 10 minit
akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat.
Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.
10. BANTAHAN
10.1
Segala
bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang
disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan
RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu
tidak diterima.
10.2
Keputusan
Juri adalah muktamad.
11. JURI
RAYUAN
11.1
Terdiri
daripada :
11.1.1
Pengerusi
Teknik Bola Baling MSSPP / Zon
11.1.2
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan
11.1.3
Pengerusi
Pengadil
11.1.4
2
orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
12. PERATURAN BARU
12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas
wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang
mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu
pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan
tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
12.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter
kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau
pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya
pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke
padang oleh pengadil
untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada
pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai
tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan.
(peraturan 4:11)
12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain
atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan
perlawanan.
(peraturan 4:1)
12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang
didaftar boleh masuk ke padang
untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.
(peraturan 4:1)
12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti
memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di
posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas
garisan tengah padang
sehingga tiupan wisel.
(peraturan 10.3)
12.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola
terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang
mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain
pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu
diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke
dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh
berada di dalam atau luar gelanggang.
(klarifikasi no 3)
13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.2
Semua
perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan
adalah muktamad.
JAWATANKUASA TEKNIK
DAN PEMBANGUNAN
BOLA BALING MSSPP.
CARA MEMBUAT JARINGAN LOMPATAN
Jaringan secara lompatan adalah salah satu jenis gerakan utama di dalam permainan bola baling. Ia membolehkan anda untuk melompat ke atas pemain pertahanan untuk mendapatkan jaringan yang tepat pada pintu goal lawan. Ini juga dikatakan kelebihan dalam ketinggian untuk berhadapan dengan penjaga gol. Di bawah ialah langkah-langkah dan video bagaimana kaedah untuk membuat jaringan secara lompatan.
TIPS
- Mulakan latihan tanpa barisan pemain pertahanan. Larisecara perlahan-lahan ke arah pintu gol dan cepat melompat serta terus membaling bola ke pintu gol dalam posisi melompat. Terus praktiskan ini sehingga anda yakin dengan masa dan ketepatan jaringan anda.
- Cuba berlatih dengan pemain pertahanan hadapan di anda. Anda tidak akan mempunyai ruang untuk menerusi pertahanan, jadi cuba melompat di atas mereka dan mendapatkan pukulan anda yang jauh dan kuat ketika anda melompat di udara.
- Anda boleh mendapat kelebihan dalam jaringan lompatan jika anda mengacah kaki pertahanan, Oleh itu, cuba anda boleh menipu pertahanan lawan anda dengan membuat pergerakan ke arah lain. Ulang praktis ini dengan menggunakan pelbagai jenis pukulan atau jaringan.
- Cuba menjaring dengan cepat. Anda perlu menewaskan penjaga gol, jadi cuba dan memberikan mereka masa yang sedikit mungkin untuk penjaga gol bertindak balas.
CARA MENJADI PENJAGA GOL BOLA BALING
Penjaga gol pemain yang penting dalam permainan bola baling. Menjadi penjaga gol adalah hebat dan mencabar, anda boleh membuat perbezaan pasukan anda sama ada menang ataupun kalah dalam permainan. Berikut adalah beberapa tips tentang bagaimana untuk menjadi seorang penjaga gol yang hebat.
TIPS
- Bergerak merentasi gawang anda dari sisi ke sisi mengikut arah bola. Jika anda berada di sebelah kanan gawang semasa pukulan, anda boleh menyempitkan sudut balingan penyerang.
- Pastikan lengan anda sentiasa dalam keadaan angkat. Ini berkemungkinan penyerang akan cuba membuat balingan serangan di atas anda atau cuba melantun bola ke dalam gawang anda. Mengangkat tangan bukan sahaja boleh menghalang penyerang melakukan gol, tetapi juga boleh memastikan tangan anda berada dalam kedudukan baik untuk menyelamatkan dari jaringan lawan.
- Penyerang mungkin membuat balingan rendah, Ini bererti anda tidak dapat mehalakan tangan anda ke bawah dengan cepat, jadi lengan dan kaki penyelarasan adalah penting. Cuba selamatkan balingan rendah menggunakan kaki anda.
- Dalam semua keadaan, persediaan adalah kunci. Berdiri dalam kedudukan mata setentang dengan bola sepuya anda mudah mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment